BIOGRAFI
Frederick Engels
Oleh Vladimir I. Lenin
Dari Marx, Engels, Marxism, Edisi Ketujuh
(Penerbit Progress, Moskow, 1965), muka surat 13-45. Ditulis pada Musim Luruh
1895.
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (April 2002).
Betapanya obor yang telah berhenti membara,
Betapanya hati yang telah berhenti berdegup![i]
Pada 5hb Ogos (kalendar revolusioner),
1895, Frederick Engels meninggal dunia di London. Selepas sahabatnya, Karl Marx
(yang meninggal dunia pada tahun 1883), Engels merupakan ilmiawan dan cikgu
terbaik bagi proletariat moden di seluruh dunia bertamadun. Dari masa apabila
takdir membawa Karl Marx dan Frederick Engels bersama, dua sahabat itu telah
menumpukan kehidupan mereka pada matlamat bersama. Dan maka untuk memahami apa
yang Frederick Engels telah melakukan untuk kaum proletariat, seseorang perlu
mempunyai idea kelas mengenai kepentingan ajaran dan usaha Marx demi kemajuan
gerakan pekerja mutakhir. Marx dan Engels merupakan orang pertama yang
menunjukkan bahawa kelas pekerja dan tuntutan-tunutannya adalah hasil
semestinya dari sistem ekonomi pada masa ini, yang bersama-sama dengan borjuasi
menciptakan dan mengaturkan kaum proletariat secara tidak dapat dielakkan.
Mereka menunjukkan bahawa ia bukanlah usaha-usaha baik hati individu-individu
yang mulia, tetapi perjuangan jelas oleh proletariat tersusun, yang akan membebaskan
umat manusia daripada kezaliman yang kini menindasnya. Dalam karya-karya
saintifik mereka, Marx dan Engels merupakan orang pertama yang menjelaskan
bahawa sosialisme bukanlah penciptaan pemimpi-pemimpi, tetapi matlamat akhir
dan hasil semestinya dari perkembangan kuasa-kuasa produktif dalam masyarakat
moden. Segala sejarah sehingga ini merupakan sejarah perjuangan kelas, sejarah
penggantian pemerintahan dan kejayaan kelas-kelas sosial tertentu ke atas yang
lain. Dan ini akan berterusan sehingga dasar perjuanagn kelas dan penguasaan
kelas – harta swasta dan pengeluaran sosial anarkik – dihapuskan.
Kepentingan-kepentingan proletariat menuntut penghapuskan dasar-dasar ini dan
maka perjuangan kelas sedar oleh pekerja teratur mesti ditujukan menentang
dasar-dasar itu. Dan setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik.
Pandangan-pandangan Marx dan Engels ini
kini telah dipupuk oleh setiap proletariat yang sedang berjuang demi pembebasan
mereka. Tetapi apabila pada tahun empat puluhan, dua sahabat ini mengambil
bahagian dalam kesusasteraan sosialis dan gerakan-gerakan sosialis pada masa
itu, mereka sangatlah berbeza. Terdapat ramai orang pada masa itu, dengan
kepakaran dan tidak berpakar, ikhlas dan tidak ikhlas, yang, diserap ke dalam
perjuangan demi kebebasan politik, dalam perjuangan menentang kezaliman
raja-raja, pihak polis dan paderi, gagal untuk memerhatikan percanggahan di
antara kepentingan-kepentingan borjuasi dan kepentingan-kepentingan
proletariat. Orang ini tidak melayani idea para pekerja bertindak sebagai kuasa
sosial bebas. Dalam tangan sebelah, terdapat ramai orang pemimpi, beberapa
daripada mereka genius, yang berfikir bahawa ia hanya perlu untuk meyakinkan
pemerintah-pemerintah dan kelas-kelas pemerintah mengenai ketidak-adilan susunan
sosial mutakhir, dan ia kemudiannya akan menjadi senang untuk mendirikan
kedamaian dan kemakmuran umum di dunia. Mereka memimpikan sesuatu jenis
sosialisme tanpa perjuangan. Akhir sekali, hampir kesemua sosialis pada masa
itu dan sahabat-sahabat kelas pekerja secara umumnya menganggap proletariat
sebagai bisul, dan memerhatikan dengan ketakutan bagaimana ia bertumbuh
dengan industri. Maka, mereka semuanya mencari sesuatu cara untuk menghalang
perkembangan industri dan proletariat, untuk menghalang “roda sejarah.” Marx
dan Engels tidak berkongsi ketakutan umum terhadap kemajuan proletariat;
sebaliknya, mereka meletakkan segala harapan mereka pada pertumbuhan berterusan
ini. Semakin ramai proletariat yang ada, semakin besar kekuatan mereka sebagai
kelas revolusioner, dan semakin dekat dan semakin hampir jadinya sosialisme.
Perkhidmatan yang diberikan oleh Marx dan Engels kepada kelas pekerja mungkin
diluahkan oleh beberapa perkataan seperti berikut: mereka mengajar kelas
pekerja untuk menyedari dininya dan menjadi sedar akan dirinya, dan mereka
menggantikan mimpi-mimpi dengan sains.
Itulah mengapa nama dan kehidupan Engels
patut diketehui oleh setiap pekerja. Itulah mengapa dalam koleksi
rencana-rencana ini, di mana matlamatnya adalah, seperti kesemua penerbitan
kami, untuk membangunkan kesedaran kelas di kalangan pekerja Rusia, kita perlu
memberikan ringkasan kehidupan dan usaha Frederick Engels, salah seorang
daripada dua cikgu terbaik kepada proletariat moden.
Engels dilahirkan pada tahun 1820 di
Barmen, di Daerah Rhine di negara Prusia. Bapanya merupakan seorang usahawan.
Pada tahun 1838, Engels, tanpa menghabiskan pendidikan sekolah menengah,
dipaksa oleh keadaan-keadaan keluarga untuk memasuki sebuah rumah komersil di
Bremen sebagai seorang kerani. Urusan komersil tidak menghalang Engels daripada
mengejar pendidikan saintifik dan politik. Dia telah bermula membencikan
autokrasi dan kezaliman birokrat sambil berada di sekolah menengah. Pendidikan
falsafah membawanya ke hadapan lagi. Pada masa itu, pengajaran Hegel menguasai
falsafah Jerman, dan Engels menjadi pengikutnya. Walaupun Hegel sendiri
merupakan seorang yang mengagumi kerajaan autokratik Prusia, oleh siapa dia
diupah sebagai profesor di Universiti Berlain, ajaran Hegel sememangnya
bersifat revolusioner. Kepercayaan Hegel kepada kewarasan manusia dan
hak-haknya, serta tesis asas falsafah Hegel bahawa alam semesta sedang
mengalami proses perubahan dan perkembangan berterusan, membawa beberapa
pengikut ahli falsafah Berlin itu – mereka yang enggan menerima keadaan yang
sedia ada – kepada idea bahawa perjuangan menentang keadaan ini, perjuangan
menentang kezaliman yang sedia wujud dan kejahilan yang berleluasa, juga
terbenam dalam hukum perkembangan berterusan abadi. Jika segalanya berkembang,
jika sejenis pertubuhan memberi ruang kepada pertubuhan yang lain, mengapakah
perlunya autokrasi raja Prusia atau tsar Rusia, kekayaan minoriti sebelum
majoriti besar, atau penguasaan borjuasi ke atas rakyat jalata, berterusan buat
selama-lamanya? Falsafah Hegel berucap mengenai perkembangan minda dan
idea-idea; ia bersifat idealistik. Dari perkembangan minda, ia
menyimpulkan perkembangan alam, perkembangan manusia, dan perkembangan umat
manusia, hubungan-hubungan sosial. Sambil mengekalkan idea Hegel mengenai proses
perkembangan berterusan,* Marx dan Engels menolak pandangan idealistik pendahulu; berpaling
kepada kehidupan, mereka melihat bahawa ia bukannya perkembangan minda yang
menjelaskan perkembangan alam tetapi bahawa, sebaliknya, penjelasan minda mesti
diperah dari alam, dari jisim… Bertentangan dengan Hegel dan pengikut Hegel
yang lain, Marx dan Engels merupakan penganut materialis. Berkenaan dengan
dunia dan umat manusia secara materialis, mereka percaya bahawa sebagaimana
sebab-sebab materialis menggariskan segala fenomena semulajadi, maka
perkembangan masyarakat umat manusia digariskan oleh perkembangan kuasa-kuasa
materialis, iaitu kuasa-kuasa produktif. Pada perkembangan kuasa-kuasa
produktif bergantungnya hubungan-hubungan ke dalam mana manusia memasuki dengan
satu sama lain dalam pengeluaran barangan yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan manusia. Dan dalam hubungan-hubungan ini terletaknya penjelasan
mengenai segala fenomena kehidupan sosial, wawasan manusia, idea-idea dan
hukum-hukum. Perkembangan kuasa-kuasa produktif mewujudkan hubungan-hubungan
sosial berdasarkan harta swasta, tetapi kini kita melihat bahawa perkembangan
kuasa-kuasa produktif yang sama ini mencuri harta daripada majoriti dan
memusatkannya dalam tangan minoriti yang tidak penting. Ia menghapuskan harta,
dasar bagi susunan sosial moden, ia sendiri bergerak menuju wawasan yang pihak
sosialis telah mengutamakan. Apa yang tinggal dilakukan oleh pihak sosialis
adalah menyedari mana satu kuasa sosial, berkenaan dengan kedudukannya dalam
masyarakat moden, adalah tertarik untuk mencapai sosialisme, dan untuk
memberikan kepada kuasa ini kesedaran akan kepentingan-kepentingan dan akan
tugas bersejarahnya. Kuasa ini adalah proletariat. Engels bermula mengenali
proletariat di England, di pusat industri Inggeris, iaitu Manchester, di mana
dia bertapak pada tahun 1842, sambil memasuki perkhidmatan sebuah firma
komersil di mana bapanya merupakan seorang pemegang saham. Di sini Engels bukan
sahaja duduk di pejabat kilang, tetapi juga mengunjungi kawasan miskin di mana
para pekerja dihimpunkan, dan melihat kemiskinan dan kemelaratan mereka dengan
matanya sendiri. Tetapi dia tidak menghadkan dirinya kepada permerhatian
peribadi. Dia membaca segala yang telah didedahkan sebelumnya mengenai keadaan
kelas pekerja Britain dan mengkaji dengan terperinci kesemua dokumen-dokumen
rasmi yang dapat diperolehinya. Buah daripada kajian dan pemerhatian ini
merupakan buku yang diterbitkan pada tahun 1845: The Condition of the
Working Class in England. Kami sudah menyebut perkhidmatan utama yang
diberikan oleh Engels dalam menulis The Conditiond of the Working Class In
England. Malah sebelah Engels, ramai orang telah menghuraikan kemelaratan
proletariat dan telah menunjukkan keperluan untuk membantu mereka. Engels
merupakan orang pertama yang mengatakan bahawa proletariat bukan
sahaja merupakan kelas yang merana; bahawa ia adalah, sebenarnya, keadaan
ekonomi proletariat yang melarat yang mendesak mereka ke hadapan dan
mendesaknya untuk berjuang demi kebebasan abadi mereka. Dan proletariat yang
berjuang akan membantu dirinya sendiri. Gerakan politik kelas pekerja
akan membawa pekerja menyedari bahawa penyelamat mereka hanya terletak dalam
sosialisme. Pada tangan sebelah, sosialisme hanya akan menjadi kuasa apabila ia
menjadi matlamat perjuangan politik bagi kelas pekerja. Begitulah
idea-idea utama buku Engels mengenai keadaan kelas pekerja di England,
idea-idea yang kini telah dipupuk oleh kesemua proletariat berfikir dan
berjuang, tetapi pada masa yang sama sangatlah baru. Idea-idea ini disediakan
dalam buku yang ditulis dengan cara menyerap dan dipenuhi dengan
gambaran-gambaran yang tulin dan megejutkan mengenai kemelaratan proletariat
Inggeris. Buku tersebut merupakan dakwaan hebat terhadap kapitalisme dan
borjuasi dan meninggalkan kesan yang mendalam. Buku Engels mula dipetik di
merata-rata sebagai buku yang menunjukkan dengan paling baik keadaan
proletariat moden. Dan, sebenarnya, sebelum tahun 1845 mahupun selepas itu,
tidak terdapatnya gambaran yang sangat menakjubkan lagi benar mengenai
kesengsaraan kelas pekerja.
Ia bukanlah sehingga dia tiba di England
yang Engels menjadi seorang sosialis. Di Manchester, dia menubuhkan hubungan
dengan orang yang aktif dalam gerakan pekerja Inggeris pada masa itu dan
bermula menulis untuk terbitan-terbitan sosialis Inggeris. Pada tahun 1844,
sambil dalam perjalanan kembali ke Jerman, dia diperkenalkan dengan Marx di
Paris, dengan siapa dia sudah bermula bersurat. Di Paris, di bawah pengaruh
sosialis Perancis dan kehidupan Perancis, Marx juga telah menjadi seorang
sosialis. Di sini dua sahabat itu menulis bersama buku yang bertajuk The
Holy Family, or Critique of Critical Critique. Buku ini, yang muncul
setahun sebelum The Condition of the Working Class in England, dan
sebahagian besar daripadanya ditulis oleh Marx, mengandungi dasar-dasar
sosialisme materialis revolusioner, idea-idea utama yang kami telah menjelaskan
di atas. “Keluarga suci” adalah sindiran lucu terhadap abang-adik Bauer,
ahli-ahli falsafah itu, dan pengikut-pengikut mereka. Orang ini mengajukan
kritikan yang berdiri di atas seluruh realiti, di atas parti-parti dan politik,
yang menafikan segala aktiviti amalan, dan yang hanya mempertimbangkan “secara
kritikan” dunia sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya.
Orang ini, iaitu abang-adik Bauer, memandang proletariat sebagai jisim yang
tidak penting. Marx dan Engels menentang aliran gila dan silap ini dengan
tekun. Dalam nama manusia yang benar dan berperikemanusiaan – si pekerja, yang
ditindas oleh kelas-kelas pemerintah dan kerajaan – mereka menuntut, bukannya
pertimbangan, tetapi perjuangan demi susunan masyarakat yang lebih baik.
Mereka, sememangnya, menganggap proletariat sebagai kuasa yang mampu mengajukan
perjuangan ini dan yang mempunyai kepentingan dalamnya. Malah sebelum
penerbitan The Holy Family, Engels telah menerbitkan, dalam akhbar Marx
dan Ruge, Deutsche-Französische Jahrbücher[ii], karyanya
“Karangan-Karangan Kritikal Mengenai Ekonomi Politik”, di mana dia mengkaji
fenomena asas susunan ekonomi mutakhir dari pendirian sosialis, menganggapnya
sebagai akibat-akibat semestinya dari pemerintahan harta swasta. Hubungan
dengan Engels sudah pasti merupakan faktor dalam keputusan Marx untuk mengkaji
ekonomi politik, iaitu sains di mana karya-karyanya telah menghasilkan revolusi
sesungguhnya.
Dari tahun 1845 sehingga 1847, Engels
menetap do Brussels dan Paris, menggabungkan usaha saintifik dengan
aktiviti-aktiviti praktis di kalangan pekerja Jerman di Brussels dan Paris. Di
sini, Marx dan Engels mengasaskan hubungan dengan Liha Komunis Jerman sulit,
yang menyarankan mereka untuk mengajukan prinsip-prinsip sosialisme asas yang
mereka telah memajukan. Maka bangkitlah Manifesto of the Communist Party
yang terkenal oleh Marx dan Engels, diterbitkan pada tahun 1848. Buku nipis ini
adalah sama nilainya dengan seluruh jilid: sehingga hari ini semangatnya masih
memberikan ilham dan pimpinan kepada seluruh proletariat teratur dan berjuang
dari dunia bertamadun.
Revolusi tahun 1848, yang meletus pertama
sekali di Perancis dan kemudiannya menyebar ke negara-negara Eropah Barat yang
lain, membawa Marx dan Engels kembali ke negara asal mereka. Di sini, di Prusia
Rheinish, mereka mengambil alih Neue Rheinische Zeitung demokratik yang
diterbitkan di Cologne. Dua sahabat itu berada di hati dan jiwa segala wawasan
revolusioner-demokratik di Prusia Rheinish. Mereka berjuang sehingga akhir
dalam pertahanan kebebasan dan kepentingan-kepentingan dalam menentang kuasa-kuasa
reaksi. Kuasa-kuasa reaksi ini, seperti yang kita sedar, akhirnya berjaya. Neue
Rheinische Zeitung didiamkan. Marx, yang semasa pembuangan negara telah
kehilangan kewarganegaraan Prusia, dibuang negara sekali lagi; Engels mengambil
bahagian dalam kebangkitan popular bersenjata, berjuang demi kebebasan dalam
tiga pertempuran, dan selepas kekalahan pihak pemberontak, melarikan diri,
melalui Switzerland, ke London.
Marx juga menetap di London. Engels
kemudiannya menjadi seorang kerani sekali lagi, dan kemudiannya seorang
pemegang saham, dalam firma komersil Manchester di mana dia pernah bekerja
sehingga tahum empat puluhan. Sehingga tahun 1870, dia menetap di Manchester,
sambil Marx menetap di London, tetapi ini tidak menghalang mereka daripada mengekalkan
pertukaran idea-idea yang paling menarik: mereka bersurat hampir setiap hari.
Dalam persuratan mereka, dua sahabat itu bertukar pendapat dan perjumpaan dan
terus bekerjasama dalam mengusahakan sosialisme saintifik. Pada tahun 1870,
Engels berpindah ke London, dan kehidupan intelek bersama mereka, yang paling
tekun, berterusan sehingga tahun 1883, apabila Marx meninggal dunia. Buah
kehidupan mereka adalah, pada pihak Marx, Capital, iaitu karya ekonomi
politik terpenting pada masa kita, dan pada pihak Engels, beberapa karya
biarpun panjang atau pendek. Marx mengusahakan kajian mengenai fenomena ekonomi
kapitalis yang rumit. Engels, dalam kata-kata yang senag difahami, seringkali
dengan sifat polemik, menangani masalah-masalah saintifik umum dan dengan pelbagai
fenomena masa lalu dan mutakhir dalam semangat konsep sejarah materialis dan
teori ekonomi Marx. Daripada karya-karya Engels, kami akan menyebut: karya
polemik menentang Dühring (yang mengkaji masalah-masalah penting dalam arena
falsafah, sains semulajadi dan sains sosial).* The Origin of the Family, Private Property and the State[iii] (diterjemahkan ke dalam
Bahasa Rusia, diterbitkan di St. Petersburg, Edisi Ketiga, 1895), Ludwig
Feuerbach[iv]
(penerjemahan Bahasa Rusia dan nota oleh G. Plekhanov, Geneva, 1892), rencana
mengenai polisi luar negara Kerajaan Rusia (diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia
dalam Sotsial Demokrat[v] Geneva, Nombor 1
dan 2), rencana-rencana hebat mengenai persoalan perumahan[vi], dan akhirnya, dua
rencana pendek tetapi bernilai mengenai perkembangan ekonomi Rusia (Frederick
Engels on Russia, diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia oleh Zasulich,
Geneva, 1894).[vii]
Marx meninggal dunia sebelum dia sempat menghabiskan karya besar mengenai
kapital. Namun, draf buku itu sudah dihabiskan, dan selepas peninggalan dunia
sahabatnya, Engels mengusahakan tugas membebankan untuk menyediakan dan
menerbitkan jilid kedua dan ketiga daripada Capital. Dia menerbitkan
Jilid II pada tahun 1885 dan Jilid III pada tahun 1894 (kematiannya menghalang
penyediaan Jilid IV).[viii] Dua jilid ini
memerlukan usaha yang sangat tekun. Adler, iaitu Demokrat Sosial dari Austria,
mengatakan dengan tepat bahawa dengan menerbitkan jilid II dan III daripada Capital,
Engels telah mendirikan tugu penuh keagungan kepada genius yang pernah menjadi
sahabatnya, tugu pada mana, secara kebetulan, dia telah mengukir namanya
sendiri. Sememangnya, dua jilis Capital ini adalah usaha dua orang: Marx
dan Engels. Lagenda lama mengandungi pelbagai contoh persahabatan yang
mengharukan. Proletariat Eropah mungkin mengatakan bahawa sains-nya telah
diciptakan oleh dua ilmiawan dan pejuang, di mana hubungan di antara mereka
melintasi cerita-cerita lama yang paling mengharukan mengenai persahabatan
manusia. Engels sentiasa – dan, secara menyeluruhnya, dengan sopan – meletakkan
dirinya selepas Marx. “Dalam kehidupan Marx,” dia menulis kepada seorang
sahabat lama, “saya telah memainkan biola kedua.”[ix] Rasa sayang dia kepada
Marx yang hidup, dan kehormatannya kepada ingatan Marx yang meninggal dunia
tidak terbatas. Pejuang berani dan pemikir hebat ini memiliki jiwa yang sangat
menyayangi.
Selepas gerakan tahun 1848-1849, Marx dan
Engels dalam pembuangan negara tidak menghadkan diri mereka kepada kajian
saintifik. Pada tahun 1864, Marx menubuhkan Pertubuhan Pekerja Internasional,
dan memimpin masyarakat ini selama beberapa dekad. Engels juga memainkan
peranan aktif dalam urusannya. Usaha Pertubuhan Internasional, yang, sejajar
dengan idea Marx, menyatukan proletariat dari semua negara, sangatlah penting
dalam perkembangan gerakan kelas pekerja. Tetapi malah dengan penutupan
Pertubuhan Internasional pada tahun tujuh puluhan, peranan penyatuan Marx dan
Engels tidak berhenti. Sebaliknya, ia mungkin dikatakan bahawa kepentingan
mereka sebagai pemimpin-pemimpin berwibawa kepada kelas pekerja bertumbuh tanpa
halangan. Selepas peninggalan dunia Marx, Engels berterusan dengan sendiri
sebagai penasihat dan pemimpin sosialis Eropah. Nasihat dan arahannya dipinta
oleh sosialis Jerman, di mana kekuatan mereka, meskipun ditindas oleh kerajaan,
bertumbuh dengan pesat dan berterusan, dan oleh wakil-wakil negara mundur,
seperti rakyat Spain, Romania dan Rusia, yang perlu mempertimbangkan dan
mengkaji langkah-langkah pertama mereka. Mereka semua menggunakan stor
pengetahuan dan pengalaman Engels yang kaya semasa usia tua.
Marx dan Engels, yang memahami Bahasa Rusia
dan membaca buku Rusia, tertarik kepada negara itu, mengikuti gerakan
revolusioner Rusia dengan simpati dan mengekalkan hubungan dengan pihak
revolusioner Rusia. Mereka berdua menjadi sosialis selepas menjadi demokrat,
dan perasaan kebencian demokratik terhadao kezaliman politik sangatlah kuat
pada diri mereka. Perasaan politik secara langsung ini, bergabung dengan
pemahaman teori luarbiasa mengenai hubunagn di antara kezaliman politik dan
penindasan ekonomi, dan juga pengalaman kehidupan mereka yang kaya, menjadikan
Marx dan Engels responsif secara politik. Itulah mengapa perjuangan
berani beberapa orang revolusioner Rusia menentang kerajaan tsaris kuat
mendapat talun bersimpati dari hati revolusioner hebat itu. Dalam tangan
sebelah, aliran, demi kepentingan-kepentingan ekonomi ilusi, untuk berpaling
dari tugas sosialis Rusia yang serta-merta dan penting, iaitu, kemenangan
kebebasan politik, secara semulajadi kelihatan aneh kepada mereka dan malah
dianggap oleh mereka sebagai penganiayaan terus-terang terhadap tujuan
revolusis sosial. “Pembebasan pekerja mestilah menjadi tindakan kelas pekerja
sendiri”[x] – Marx dan Engels sentiasa
mengajar. Tetapi untuk berjuang demi pembebasan ekonomi pekerja, proletariat
mesti memenangi hak-hak politik tertentu. Lebih-lebih lagi, Marx dan
Engels melihat dengan jelas bahawa revolusi politik di Rusia akan menjadi
sangat penting kepada gerakan kelas pekerja Eropah Barat juga. Rusia autokratik
sentiasanya merupakan kubu reaksi Eropah secara umum. Kedudukan antarabangsa
baik yang dinikmati oleh Rusia hasil daripada peperangan tahun 1870, yang buat
masa yang lama memyemai pembahagian di antara Jerman dan Perancis, sememangnya
hanya meningkatkan kepentingan Rusia autokratik sebagai kuasa reaksioner. Hanya
Rusia yang bebas, Rusia yang tidak mempunyai keperluan untuk menindas rakyat
Poland, Finland, Jerman, Armenia atau mana-mana negara kecil yang lain, atau
untuk menjadi batu api di antara Perancis dan Jerman, akan membenarkan Eropah
moden, dibebaskan daripada beban peperangan, untuk bernafas dengan bebas, akan
melemahkan segala unsur reaksioner di Eropah dan menguatkan kelas pekerja
Eropah. Itulah mengapa Engels sangatlah menginginkan pendirian kebebasan
politik di Rusia demi kemajuan gerakan kelas pekerja di dunia Timur juga. Dalam
dirinya, revolusioner Rusia telah kehilangan sahabat paling karib mereka.
Marilah kita sentiasa menghormati ingatan
Frederick Engels, seorang pejuang dan pendidik proletariat termasyhur!
* Marx dan Engels seringkali menunjukkan bahawa dalam perkembangan
intelek mereka, mereka sangatlah berhutang kepada ahli-ahli falsafah Jerman
termasyhur, terutamanya Hegel. “Tanpa falsafah Jerman,” Engels mengatakan,
“sosialisme saintifik tidak akan wujud.”
* Ini merupakan buku yang kaya dan mendalam. Malangnya, hanya
sebahagian daripadanya, mengandungi garis panduan bersejarah mengenai
perkembangan sosialisme, telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia (The
Development of Scientific Socialism, Edisi Kedua, Geneva, 1892).
[i] Kata-kata ini adalah dari In Memory of Dobrolyubov, iaitu
syair oleh Nikolai Nekrasov.
[ii] Karya Engels, Outlines of a Critique of Political Economy
(Lampiran kepada karya Marx, Economic and Philosophic Manuscripts of 1844,
Moskow, 1961, muka surat 175).
[iii] Marx
dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 170-327.
[iv] Marx
dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 358-402.
[v] Rencana Engels, “Polisi Luar Negara Tsarisme Rusia,” diterbitkan
dalam dua isu pertama Sotsial-Demokrat di bawah tajuk “Polisi Luaran
Empayar Rusia.”
Sotsial-Demokrat merupakan ulasan
kesusasteraan dan politik yang diterbitkan di London dan Geneva pada tahun
1890-1892. Ia memainkan peranan penting dalam menyebarkan Marxsisme di Rusia.
Kesemua, empat penerbitkan dikeluarkan.
[vi] Rencana Engels, “Persoalan Perumahan” (Marx dan Engels, Selected
Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 546-634.
[vii] Rencana Engels, “Mengenai Hubungan Sosial di Rusia” dan nota
tambahan kepadanya, diterbitkan dalam Frederick Engels on Russia,
Geneva, 1894.
[viii] Sejajar dengan konsep Engels, Theories of Surplus Value,
ditulis oleh Marx pada tahun 1862-1863, dinamakan Jilid IV daripada Capital
oleh Lenin. Dalam keterangan kepada jilid kedua Capital, Engels menulis:
“Sepelas mengeluarkan pelbagai petikan yang diberikan dalam Buku II dan III,
saya berkeinginan untuk menerbitkan bahagian kritikal daripada manuskrip ini
sebagai Capital, Buku IV.”
Peninggalan dunia beliau pada tahun 1895 menghalang beliau daripada
menyediakan buku tersebut untuk penerbitan. Theories of Surplus Value
pertama sekali diterbitkan oleh Kautsky pada tahun 1905-1910. Kautsky
bercanggah dengan prinsip-prinsip saintifik sasas dalam penerbitan buku itu dan
memesongkan beberapa idea Marx.
Institut Marxsisme-Leninisme, Moskow, telah mengeluarkan edisi baru
dalam tiga bahagian berdasarkan manuskrip tahun 1862-1863.
[ix]
Surat Engels kepada J. F. Becker pada 5hb Oktober, 1984.
[x] K. Marx, General Rules of the International Working Men’s
Association, dan F. Engels, Keterangan kepada Manifesto of Communist
Party Edisi Jerman tahun 1890 (Marx dan Engels, Selected Works,
Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 32 dan 386).
* Marx dan Engels seringkali menunjukkan bahawa dalam perkembangan
intelek mereka, mereka sangatlah berhutang kepada ahli-ahli falsafah Jerman
termasyhur, terutamanya Hegel. “Tanpa falsafah Jerman,” Engels mengatakan,
“sosialisme saintifik tidak akan wujud.”
* Ini merupakan buku yang kaya dan mendalam. Malangnya, hanya
sebahagian daripadanya, mengandungi garis panduan bersejarah mengenai
perkembangan sosialisme, telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia (The
Development of Scientific Socialism, Edisi Kedua, Geneva, 1892).
[i] Kata-kata ini adalah dari In Memory of Dobrolyubov, iaitu
syair oleh Nikolai Nekrasov.
[ii] Karya Engels, Outlines of a Critique of Political Economy
(Lampiran kepada karya Marx, Economic and Philosophic Manuscripts of 1844,
Moskow, 1961, muka surat 175).
[iii] Marx
dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 170-327.
[iv] Marx
dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 358-402.
[v] Rencana Engels, “Polisi Luar Negara Tsarisme Rusia,” diterbitkan
dalam dua isu pertama Sotsial-Demokrat di bawah tajuk “Polisi Luaran
Empayar Rusia.”
Sotsial-Demokrat merupakan ulasan
kesusasteraan dan politik yang diterbitkan di London dan Geneva pada tahun
1890-1892. Ia memainkan peranan penting dalam menyebarkan Marxsisme di Rusia.
Kesemua, empat penerbitkan dikeluarkan.
[vi] Rencana Engels, “Persoalan Perumahan” (Marx dan Engels, Selected
Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 546-634.
[vii] Rencana Engels, “Mengenai Hubungan Sosial di Rusia” dan nota
tambahan kepadanya, diterbitkan dalam Frederick Engels on Russia,
Geneva, 1894.
[viii] Sejajar dengan konsep Engels, Theories of Surplus Value,
ditulis oleh Marx pada tahun 1862-1863, dinamakan Jilid IV daripada Capital
oleh Lenin. Dalam keterangan kepada jilid kedua Capital, Engels menulis:
“Sepelas mengeluarkan pelbagai petikan yang diberikan dalam Buku II dan III,
saya berkeinginan untuk menerbitkan bahagian kritikal daripada manuskrip ini
sebagai Capital, Buku IV.”
Peninggalan dunia beliau pada tahun 1895 menghalang beliau daripada
menyediakan buku tersebut untuk penerbitan. Theories of Surplus Value
pertama sekali diterbitkan oleh Kautsky pada tahun 1905-1910. Kautsky
bercanggah dengan prinsip-prinsip saintifik sasas dalam penerbitan buku itu dan
memesongkan beberapa idea Marx.
Institut Marxsisme-Leninisme, Moskow, telah mengeluarkan edisi baru
dalam tiga bahagian berdasarkan manuskrip tahun 1862-1863.
[ix]
Surat Engels kepada J. F. Becker pada 5hb Oktober, 1984.
[x] K. Marx, General Rules of the International Working Men’s
Association, dan F. Engels, Keterangan kepada Manifesto of Communist
Party Edisi Jerman tahun 1890 (Marx dan Engels, Selected Works,
Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 32 dan 386).
Posting Komentar